Percaya Bahawa Mereka Manusia Terakhir, 5 Beradik Ini Sanggup Berkurung 9 Tahun Tunggu Hari Kiamat

Sembilan tahun mereka terkurung di dalam sebuah bilik rahsia di rumah ladang tersebut. Sepanjang tempoh berkenaan, lima beradik tersebut percaya bahawa mereka merupakan manusia terakhir yang hidup di muka bumi ini. Mereka turut ‘diajar’ untuk bersedia menunggu ketibaan hari kiamat.

Stesen televisyen tempatan, RTV Drenthe melaporkan bahawa kelima-lima mereka yang berusia di antara 16 hingga 25 tahun tinggal bersama bapa mereka di sebuah rumah ladang yang terletak berhampiran Ruinerwold, Drenthe di wilayah timur laut Belanda.

Segalanya terbongkar apabila abang sulung adik-beradik berkenaan, Jan Zon van Dorsten telah memesan dan terus minum lima tin bir dengan gaya ‘kemaruk’ di sebuah pub pada Ahad lalu.

Salah seorang pekerja di pub tersebut iaitu Chris Westerbeek mendapati bahawa lelaki yang berusia 25 tahun itu telah melarikan diri dan memerlukan bantuan untuk mengakhiri cara hidup mereka. Chris kemudiannya menghubungi pihak polis dan menggambarkan Jan sebagai seorang yang kelihatan sangat keliru dan tidak terurus.

Sumber: Daily Mail Online

Jan Zon van Dorsten

Selepas pihak polis membuat serbuan terhadap rumah terbabit, mereka mendapati lima beradik itu dikurung di dalam sebuah bilik bawah tanah. Bilik tersebut hanya boleh diakses melalui laluan tangga rahsia di ruang tamu yang tersembunyi di belakang sebuah almari. Bapa mereka juga ditemui terlantar di atas katil kerana strok.

Sehingga kini, polis tidak dapat mencari ibu keluarga tersebut. Walau bagaimanapun, wanita itu berkemungkinan sudah dikebumikan di kawasan ladang berkenaan.

Dalam satu kenyataan lain, Datuk Bandar Ruinerwold iaitu Roger de Groot berkata, “Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini. Mereka tinggal dalam keadaan sangat terasing sejak 2010 dan semua kelahiran mereka masih belum didaftarkan.”

Tambahnya, “Lelaki warga Austria berusia 58 tahun itu dikenali sebagai Josef B dan hasil siasatan awal mendapati dia bukan bapa kepada kesemua mangsa dan pertalian dengan mereka masih disiasat.”

Penduduk di kawasan tersebut melaporkan Josef akan menghalau sesiapa yang cuba mendekati kawasan rumah tersebut. Warga emas itu turut dilaporkan akan menggunakan binokular untuk mengawasi keadaan sekeliling.

Difahamkan, kesemua adik-beradik itu telah diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa. Josef ditahan kerana enggan bekerjasama dengan polis. Selain itu, pihak polis mengarahkan agar kawasan sekitar ladang tersebut ditutup selapas penangkapan warga emas tersebut.

Artikel Lain Untuk Di Baca