Percaya Aplikasi Waze, Pemandu Kereta Volvo Ini Salah Masuk Lorong Motosikal

Seorang lelaki berusia 53 tahun baru-baru ini menjadi bualan ramai di media sosial selepas kenderaan yang dipandu olehnya tersilap memasuki laluan motosikal.

Untuk dijadikan cerita, pemandu kereta Volvo itu dikatakan tersalah memilih setting dalam aplikasi navigasi Waze ke mod pilihan motosikal menyebabkkan dirinya memasuki laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata siasatan mendapati lelaki itu dalam perjalanan dari syarikatnya di Sungai Besi ke sebuah pusat servis kenderaan di Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan.

Lelaki itu turut diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk diambil keterangan selepas kejadian tersebut menjadi tular di media sosial.

“Lelaki berkenaan hadir memberi keterangan kelmarin dan maklumat awal mendapati kejadian berlaku pada 2.30 petang Selasa lalu. Siasatan awal polis turut mendapati pemandu itu menggunakan aplikasi navigasi yang menunjukkan ke arah laluan motosikal.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Selepas menyedari kesalahannya, dia cuba mencari jalan keluar dengan dibantu sekumpulan penunggang motosikal di jalan itu,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Nik Ezanee lagi, hasil semakan ke atas telefon bimbit pemandu itu mendapati dia tersalah membuat aturan ke mod laluan motosikal dalam aplikasi navigasinya dan ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah.

Pada pendapat anda, adakah ia merupakan satu keputusan yang baik untuk mempercayai bulat-bulat aplikasi navigasi seperti lelaki ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan aplikasi navigasi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca