Percaya Anak Adalah Rezeki, Sufian Suhaimi Kini Bergelar Bapa

Tidak dinafikan, kehadiran kanak-kanak dalam kehidupan seseorang mampu menjadikan hari yang suram menjadi ceria. Dalam erti kata lain, kemunculan mereka seolah-olah dapat memberikan satu sinar yang baharu.

Begitu juga dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Sufian Suhaimi. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Matamu itu telah memuat naik satu posting di laman Instagram di mana dia berkongsi kepada pengikutnya bahawa dia sudah mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Faeq Razeeq.

View this post on Instagram

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

Ketika disoal mengapa dia memilih untuk mengambil anak angkat, jawapannya amat mudah.

“Untuk menjadi seorang yang lebih baik buat seseorang selain ibu bapa dan juga keluarga,” katanya menerusi satu pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp kepada Astro Awani.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat gembira apabila melihat rakan-rakan yang sudah bekeluarga dan mempunyai anak.

Difahamkan, Faeq sebenarnya merupakan anak kepada rakan baiknya sewaktu di sekolah. Buat masa ini, Faeq masih lagi tinggal bersama dengan ibu bapa kandungnya dan mereka berjumpa hampir setiap hari untuk meluangkan masa bersama.

Perkongsian Sufian itu disambut baik oleh rakan artis dan juga para peminat.

Artikel Lain Untuk Di Baca