Jeanelle Nika Mandagie iaitu cucu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian orang ramai apabila dia ‘menghubungi’ datuknya untuk meminta beliau membuka taman permainan dan kolam renang semula.
Pereka fesyen ternama tanah air, Datuk Jovian Mandagie berkongsi momen anak perempuannya itu mengusik datuknya untuk tatapan umum menerusi laman sosial Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on
“J menelefon datuknya untuk meminta beliau membuka semula taman permainan,” ujar Jovian ringkas.
Jeanelle menerusi rakaman video tersebut berpura-pura menghubungi datuknya untuk meminta taman permainan kembali dibuka dan tidak lupa untuk turut berpesan kepada Ismail Sabri untuk segera pulang ke rumah di akhir ‘perbualan’ mereka.

“Hello, Atuk. Boleh tak Atuk buka semula taman permainan? Okay, coming back soon okay? Selamat tinggal,” ujar Jeanelle ketika ‘berbual’ dengan datuknya.
Sementara itu, Ismail Sabri membalas permintaan cucu tunggalnya itu menerusi ruangan komen, “Atuk sudah lama umumkan pembukaan semula taman permainan kanak-kanak dan kolam renang serta taman tema.
Mesti cucu Atuk tidak menonton televisyen apabila Atuk buat sidang media. Ini mesti leka tengok cerita kartun.”
Datuk Jovian Mandagie mendirikan rumah tangga dengan puteri tunggal Ismail Sabri iaitu Datin Nina Sabrina pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata empat tahun kemudian.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Ismail Sabri, anda boleh klik pada pautan di bawah: