Perbicaraan Tertunda 2 Jam, Imej Terbaru Nia Ramadhani Mengejutkan

Perbicaraan Tertunda 2 Jam, Imej Terbaru Nia Ramadhani Mengejutkan

Setelah berbulan-bulan ditempatkan dalam pusat pemulihan, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie akhirnya menjalani sesi perbicaraan pertama di mahkamah semalam.

Kejadian sebelum ini, mereka berdua bersama seorang pemandu kereta telah ditangkap atas pertuduhan menagih dan memiliki syabu.

Ketika diberkas dahulu, Nia Ramadhani dilihat mengenakan topi dan berusaha sedaya upaya untuk menutup wajahnya setelah dikerumuni oleh wartawan.

Bagaimanapun, penampilan pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini nyata mengejutkan ramai dalam sidang terbaru.

Nia kelihatan begitu cantik dengan stail rambut yang baru, malah mengenakan seutas jam tangan mahal. Memetik laporan portal Kompas, aktres berkenaan sangat santai dan duduk dalam keadaan silang kaki malah ekpresi wajahnya tidak menunjukkan resah apalagi pucat.

Perkara ini sekaligus mencetuskan spekulasi liar bahawa Nia Ramadhani menerima layanan ‘double standard’ atau berkemungkinan sebenarnya dia tidak dimasukkan ke pusat serenti.

Pun begitu, peguamnya telah membuat penafian dan menegaskan bahawa mereka berdua mengikuti semua program pemulihan yang dibuat selaras dengan perintah jalur hukum.

Portal Kompas juga turut melaporkan bahawa persidangan tertuduh terpaksa mula lewat hingga Tuan Hakim memberikan teguran kepada mereka.

Pasangan ini diarahkan hadir ke mahkamah pada jam 10 pagi waktu tempatan, malangnya suami isteri terbabit tiba sekitar jam 12.38 tengahari dengan alasan mengalami cirit-birit.

Peguam bela lantas meminta maaf bagi pihak anak guam dan dinasihati supaya memaklumkan isu itu dengan lebih awal.

Sumber: Tiktok (@Starjokermelz)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca