Perbezaan Wangian Jenis Parfum, EDP, EDT Dan EDC, Mana Yang Paling Tahan Baunya?

Jarang sekali kita dengar antara kita semua yang tidak sukakan bau wangi. Terdapat pelbagai jenis wangian yang boleh dihidu di sekeliling kita. Jika kita berjalan di dalam pusat beli-belah, pasti akan ada jurujual yang bekerja di kedai menjual minyak wangi akan menghulurkan sampel wangian kepada siapa sahaja yang melalui di hadapan kedai mereka.

Namun, tahukah anda perbezaan antara minyak wangi jenis Parfum, Eu de Parfum (EDP), Eu de Toilette (EDT) serta Eu de Cologne (EDC)? Peratusan bahan pewangi yang terdapat dalam 4 jenis minyak wangi ini antara penyebab ketahanan bau dan perbezaan harga pada setiap minyak wangi tersebut.

1. Parfum

Kebiasaannya, Parfum mempunyai peratusan konsentrasi pewangi yang paling tinggi. Kandungan bahan pewangi yang terdapat dalam Parfum dikatakan sebanyak 20% hingga 30%. Jika konsentrasi pewangi tersebut pada tahap yang tinggi, maka bau wangian tersebut akan tahan lebih lama.

Sekiranya harga minyak wangi tersebut terlalu mahal, lihat label yang terdapat pada minyak wangi tersebut dan kebiasaannya, jenis minyak wangi yang berlabel Parfum ini mampu bertahan selama 8 jam ataupun lebih.

2. Eau de Parfum (EDP)

Kandungan pewangi yang terdapat dalam Eau de Parfum (EDP) adalah antara 15% hingga 20%. Jadi, kebiasaannya harga pewangi yang berlabel EDP akan lebih rendah berbanding Parfum. Kandungan konsentrasi pewangi ini akan lebih tinggi daripada Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Cologne (EDC), namun lebih rendah daripada Parfum. Jadi, ketahanan minyak wangi ini juga akan kurang daripada Parfum.

3. Eau de Toilette (EDT)

Kadar konsentrasi wangian ini jauh lebih rendah daripada Parfum dan EDP iaitu antara 5% hingga 15% sahaja. Ketahanan bau wangian ini tidak berpanjangan jika mahu dibandingkan dengan Parfum dan EDP.

4. Eau de Cologne (EDC)

Harga bagi minyak wangi EDC sangat rendah kerana konsentrasi pewanginya yang rendah. Jadi, ketahanan bau juga akan bertahan untuk beberapa jam sahaja. Ia mempunyai kandungan bahan pewangi kira-kira 2% hingga 4% sahaja.

Penulis

  • Fatin Fatini Shamsaini adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca