Artikel sebelum ini kami ceritakan tentang 10 Perangai Pelik Pencinta Buku dan ramai pembaca yang bersetuju dengan apa yang dikatakan dalam artikel tersebut. Pada masa yang sama pembaca turut berkongsi tentang perangai pelik mereka sebagai pencinta buku. Jadi dengan ini kami kongsikan perangai pelik pencinta buku bahagian 2.
1. Adaptasi filem
Pencinta buku akan sentiasa merasakan buku adalah lebih baik daripada adaptasi filem kerana selalunya mereka mempunyai bayangan sendiri untuk setiap watak di dalam buku yang dibaca.
2. Sentiasa beli buku
Setiap kali ada pesta buku mesti akan borong sehingga 20-30 buah buku dan akan baca buku yang baru dibeli terlebih dahulu, padahal buku di rumah masih belum habis dibaca.
3. Tidak boleh bawa buku keluar dari rumah
Hendak baca boleh, tapi tak boleh bawa pulang ke rumah. Mereka yang mempunyai sikap seperti ini bukanlah bermakna mereka kedekut, cuma mereka bimbang kalau buku yang dipinjamkan itu hilang atau rosak nanti mereka juga yang rugi.
4. Tidak boleh lihat orang lain lebih
Pencinta buku sentiasa tidak boleh lihat kawan mereka mempunyai koleksi buku lebih daripada mereka terutama buku dari penerbit kegemaran. Mereka akan pastikan mereka juga membeli buku tersebut kerana mereka tidak suka meminjam.
5. Tidak tidur malam kerana membaca
Perlu bangun pagi untuk ke tempat kerja atau sekolah bukanlah satu perkara yang perlu dirisaukan sangat terutama jika mereka sedang khusyuk membaca walaupun sehingga lewat malam.
6. Memilih untuk lepak di rumah
Jika orang lain waktu cuti merupakan peluang untuk mereka pergi berjumpa kawan-kawan dan shopping. Tetapi si pencinta buku lebih suka duduk di rumah dan menghabiskan waktu dengan membaca buku.
7. Fokus pada bacaan
Jika mereka sudah mula baca buku mereka akan fokus pada buku sahaja. WhatsApp masuk pun tidak dihiraunya. Kena banyak bersabar jika anda mempunyai pasangan yang sangat menyukai buku.
Kadang-kala orang lain sukar untuk memahami perangai si pencinta buku. Ramai yang melabelkan mereka sebagai pelik hanya kerana mereka terlalu menyukai buku. Perkara itu sebenarnya tidaklah pelik mana pun kerana ia merupakan hobi sama seperti mereka yang suka bermain video game atau bersukan. Lain orang lain minatnya.