‘Peragut ‘ Terharu Aksinya Masih Diingati Selepas 14 Tahun

“Saya berasa terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen lagi,” ujar Mohd Uzreen Mohd Kassim, 39 yang pernah melakonkan watak peragut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006 bersama pelakon veteran, Wan Maimunah.

Sumber: Harian Metro

Menurut Harian Metro, Mohd Uzreen yang kini bekerja sebagai pemandu lori menjelaskan bahawa dia telah ditawarkan berlakon dalam iklan tersebut kerana mempunyai seorang rakan yang bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM).

“Saya ditawarkan berlakon sedangkan saya tiada pengalaman dalam lakonan tetapi ketika itu saya tidak mempunyai pekerjaan membuatkan saya menerima tawaran tersebut,” kata Mohd Uzreen.

Menurutnya lagi, sebagai individu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah. Perasaan Mohd Uzreen ketika itu semestinya bercampur baur, teruja dan takut untuk melakonkan watak tersebut.

Sumber: New Strait Times

“Saya ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengan saya. Saya juga turut menerima panggilan daripada anak angkatnya yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial. Namun ia kemudiannya senyap tanpa kabar berita dan difahamkan Wan Maimunah mempunya masalah kesihatan.

“Itu adalah kali pertama dan juga terakhir saya berlakon. Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada,” jelas bapa kepada seorang anak itu.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca