Peperiksaan SPM Sesi Kedua 2021 Akan Dilaksanakan Pada 5 April Hingga 19 Mei

  Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sesi kedua akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei depan.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan sesi kedua itu merangkumi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan Ujian Amali Sains.

Sesi kedua SPM itu diadakan bagi calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan berkenaan yang dilaksanakan pada 8 Februari hingga 29 Mac lalu.

“Calon berkenaan adalah yang disahkan positif COVID-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.”

Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua dan arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my juga pada tarikh sama.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan.”

Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM.

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca