Penyu Berkepala Dua Dijumpai, Pakar Ramal Peluang Untuk Kekal Hidup Hingga Dewasa Tipis

Seekor penyu berkepala dua telah ditemui oleh orang ramai dan telah dipindahkan ke dalam akuarium di Muzium Virginia Living.

Namun, pakar-pakar mengatakan bahawa kemungkinan untuk ia terus bertahan sehingga dewasa masih tidak diketahui kerana keadaannya yang dikenali sebagai bicephaly dan polycephaly.

Sumber: Daily Mail

Walaupun di antara anak-anak yang baru menetas, hanya satu dalam 1,000 yang akan bertahan sehingga dewasa apabila mereka tinggal di alam liar.

Kurator herpetologi, Travis Long, yang telah merawat banyak kura-kura selama kariernya mengatakan bahawa kemungkinan makhluk itu untuk mencapai usia dewasa adalah ‘tidak baik’.

Sumber: Daily Mail

“Walaupun dengan penjagaan yang terbaik, terdapat pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul pada haiwan dengan keadaan begitu.

Kadang-kadang ia bukan sesuatu yang boleh dikesan sehingga haiwan itu meningkat dewasa dan bahkan mungkin kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana telah terlambat seperti organ dalaman yang lemah.

Sumber: Daily Mail

Jika ada sebarang kelainan, kita tidak akan tahu tentangnya sehingga mereka meningkat dewasa. Dengan dua kepala yang bergerak, bahkan tingkah laku normal juga boleh membahayakan,” katanya.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca