Kemenangan Perak menentang Terengganu pada Ahad lalu mengakhiri penantian Perak selama 18 tahun selepas tewas kepada Terengganu 1-2 ketika bertemu di final Piala Malaysia 2001. Kemenangan kali ini pastinya mengundang rasa gembira buat seluruh pemain dan warga Perak selepas menunggu selama 18 tahun.
Walaupun warga Perak dilihat gembira dengan kemenangan tersebut namun dapat dilihat bahawa sesetengah warga Perak berasa kurang senang dengan tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, yang dilihat seperti tidak ‘menghormati’ trofi Piala Malaysia. Presiden tersebut dikatakan tidak menghormati trofi tersebut dengan meletakkan trofi berkenaan di celah kangkangnya berdasarkan gambar yang tular di media sosial.
Berikut merupakan beberapa respons daripada laman Twitter berhubung isu tersebut.
“Nampaknya penyokong The Bos Gaurus bengang gila dengan Presiden baru PAFA yang lebih sudu dari kuah.”
“Apa punya perangai la gini. Lepastu letak piala celah kangkang pulak. Kalau jenis macam ni perangai baik tak payah menang pun takpa.”
“Aje gile beno ke kamu ni piala diletaknya celah kangkang. Ate kamu mandi dengan piala ke gane.”
“Orang lain berhempas pulas bermati-matian main sampai penalti, dia senang je buat buat macam piala sendiri siap peluk celah kangkang hahahaha. Baik bagi Terengganu menang at least diorang appreciate kemenangan tak sampai jadi bodoh camni.”
Seorang bekas pemain Perak yang enggan dikenali berkata pemain bersusah payah untuk memenanginya tetapi ada pegawai yang seperti tidak menghargai usaha serta memahami perit jerih yang diharungi pemain.
Seorang lagi pemain menambah, piala itu sepatutnya disimpan di tempat selamat dan sesuai seperti di pejabat PAFA atau Pejabat Menteri Besar dan bukan diusung merata-rata tanpa sebab.

Ekoran kejadian tersebut, Presiden PAFA Perak telah membuat permohonan maaf. Untuk berita selanjutnya klik di sini.
Apa pandangan anda berdasarkan isu di atas?