Penyelidik Dapati Varian Terbaharu COVID-19 Semakin Mudah Berjangkit

Kajian saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh bahawa terdapat varian terbaharu melibatkan virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Menurut pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California, mutasi baharu berkenaan menjadikan virus yang telah meragut hampir 600,000 nyawa di seluruh dunia itu lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti.

“Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit,” kata jurucakap mereka iaitu Erica Ollmann kepada CNN.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell dan ia adalah berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.

Sumber: CGTN

Difahamkan, pasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangkit.

“Virus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbahaya,” kata Saphire.

Memetik laporan Astro Awani, mutasi terbaharu itu mempengaruhi spike protein, struktur yang digunakan virus untuk masuk ke sel yang dijangkiti.

Sumber: TRT World

Mutasi baharu itu disebut sebagai G614. Pada masa yang sama, para penyelidik memaklumkan bahawa mereka tidak menemui bukti jangkitan virus itu akan menjadi lebih buruk.

Ini mungkin satu berita yang baik, kata Lawrence Young yang merupakan seorang profesor onkologi perubatan di University of Warwick, United Kingdom.

“Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik,” kata Lawrence lagi.

“Jadi, kita masih ada harapan dan kebolehrawatan pesakit masih tinggi walaupun ia semakin mudah berjangkit,” ujar Lawrence menerusi satu kenyataan.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca