Penyelam Skuba Ditemui Lemas Ketika Mengikuti Kursus Selaman

penyelam-skuba-ditemui-lemas-ketika-mengikuti-kursus-selaman
penyelam-skuba-ditemui-lemas-ketika-mengikuti-kursus-selaman
Gambar sekadar hiasan
Sumber: Astro Awani

Seorang penyelam skuba ditemukan lemas ketika mengikuti kursus selaman berhampiran Tokong Laut, Pulau Perhentian, Terengganu dalam kejadian petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata kira-kira 2.40 petang mayat mangsa Mohamad Abbas Shabki, 22, ditemukan oleh penduduk kampung.

Difahamkan, Bot Kilat 28 APMM Kelantan diarahkan untuk bergerak menuju ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai lima anggota.

Jarak lokasi kejadian lebih kurang 12.7 batu nautika daripada Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada Malaysia Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan.

“Sebelum ketibaan Bot Kilat di lokasi kejadian, polis bersama komuniti pulau telah melakukan pencarian di lokasi terakhir mangsa dilihat.”

Mayat mangsa, Mohamad Abbass telah ditemukan lebih kurang pada 2.40 petang oleh penduduk pulau dan dibawa ke jeti Pulau Perhentian Besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan daripada portal Bernama, Muhd Nur Syam berkata mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan oleh Bot Kilat 28 dan tiba pada 4 petang untuk diserahkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan didapati bahawa mangsa serta empat rakan yang berasal dari Kelantan telah merentas negeri tanpa kebenaran.”

“Apabila disoal, tujuan mereka merentas negeri adalah untuk membekalkan makanan ke Pulau Perhentian,” kata beliau.

“Lanjutan daripada itu, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan ingkar Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).”

Pihak polis juga turut mengambil tindakan terhadap pengusaha yang terbabit,” jelasnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca