Penyebar Filem Munafik 2 Berhadapan Saman RM 100,000

Mahkamah Tinggi Taiping memerintahkan defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions.

Defendan juga dihalang melanggar hak cipta plaintif-plaintif untuk filem Munafik 2, memuat naik dan mana-mana bahagian daripada filem berkenaan dalam apa-apa bentuk dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan plaintif-plaintif.

Sebelum ini  Pengarah filem Munafik 2 iaitu Syamsul Yusoff telah pun memberi amaran kepada Sasuka kun atau Muhammad Izwan untuk menghenti sebarkan filem tersebut melalui media sosial, tetapi Muhammad Izwan enggan mematuhi  permintaan Syamsul itu. Atas sebab keengganan beliau itu Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam dan Syamsul membuat keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap  Muhammad Izwan.

Muhammad Izwan yang tersentak mendengar jumlah saman yang harus dibayar olehnya itu mengakui beliau cukup menyesal dan turut memohon maaf kepada Syamsul Yusoff dan Skop Production menerusi laman Facebook peribadi miliknya.

Jelas Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naiknya di laman Instagram, tindakan yang dikenakan tersebut adalah pengajaran buat mereka di luar sana yang terbabit dalam jenayah cetak rompak. Jelasnya lagi, lebih ramai lagi individu dan pihak tertentu akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama.

 

View this post on Instagram

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November – Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri @finasmalaysia @skmm_mcmc @gobindsinghdeo

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Artikel Lain Untuk Di Baca