Penyanyi Antarabangsa Yuna Memberi Sokongan Kepada Fatin Syahirah Setelah Gagal Di Sukan Asia 2018

Sukan Asia ke-18 yang sedang berlangsung di Jakarta dan Palembang menyaksikan ramai atlet Malaysia beraksi bagi mengutip pingat seterusnya mengharumkan nama negara. Setakat ini (31 Ogos) Malaysia sudah mengutip 5 pingat emas, 11 pingat perak, dan 9 pingat gangsa sekaligus menjadikan Malaysia mempunyai 24 pingat secara kesuluruhan.

Banyak aksi positif yang ditunjukkan oleh atlet Malaysia dari pelbagai acara. Kelihatan kita mempunyai ramai anak-anak muda yang berbakat dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk negara.

Begitu juga dengan Fatin Syahirah Roszizi, seorang atlet Malaysia berusia 16 tahun yang beraksi untuk acara papan luncur. Nasib tidak menyebelahi Fatin apabila dia gagal menunjukkan aksi yang baik, dan hanya mengakhiri aksi acara papan luncur wanita di tempat yang terakhir.

Aksi Fatin yang disaksikan secara langsung oleh rakyat Malaysia itu ternyata memberi kesan negatif kepada Fatin apabila ada segilintir pihak yang mengkritik dengan persembahan Fatin. Sehingga membuatkan dia menutup akaun Instagram miliknya kerana tidak tahan akan kritikan tersebut.

Walaubagaimanapun, ada juga yang memberi semangat dan kata-kata positif kepada Fatin, termasuklah penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna yang membuat satu tweet di Twitter menyatakan sokongannya terhadap Fatin.

Penulis harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi. Sebenarnya sokongan moral daripada rakyat Malaysia penting untuk atlet-atlet kita yang sedang berjuang. Kalau nak salahkan sesuatu pihak, mungkin kita perlu salahkan pihak pengurusan dan bukan atlet sahaja.

Sumber – Yuna

Video – Youtube Astro Arena

 

Artikel Lain Untuk Di Baca