Belum sampai dua bulan industri seni Indonesia dikejutkan dengan pemergian Ashraf Sinclair, kini seorang lagi permata seni mereka iaitu Glenn Fredly meninggal dunia hari ini.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Januari’ itu menghembuskan nafas terakhirnya pada umur 44 tahun.
Berita duka kembali datang di dunia musik Indonesia. @GlennFredly meninggal dunia hari ini, Rabu, 8 April 2020. Ia menghembuskan nafas terakhir di usianya yang ke-44 tahun. Kabar duka ini dikonfirmasi oleh Tompi. Terima kasih untuk semua karyamu. Selamat jalan, Glenn Fredly. 🌹 pic.twitter.com/MJH2BQUoBa
— Billboard Indonesia (@Billboard_INA) April 8, 2020
Perkhabaran duka ini dikongsi oleh laman Twitter Billboard Indonesia. Pemergian Glenn disahkan oleh rakan baiknya yang juga seorang penyanyi iaitu Tompi.
Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta.
Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Februari lalu.
Glenn atau nama penuhnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.
Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.
Seluruh Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang. Semoga seluruh keluarga dan juga peminat Glenn diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.
Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: