Penyanyi Lagu Gangnam Style, Psy Membuat Kemunculan Semula Selepas 5 Tahun

Pada 12 April, Psy membuat pengumuman rasmi di sosial media tentang kemunculan album baharunya yang akan dikeluarkan pada 29 April jam 6 petang KST.

Album ini merupakan album Psy yang kesembilan.

Menerusi hantaran di Twitter, Psy memuat naik video dari konsertnya pada 2013 dan dalam video itu Psy memberitahu kemungkinan dia akan mengeluarkan lagu sensasi seperti Gangnam Style pada tahun 2022.

Melalui klip video tersebut, Psy berkata, “Sejujurnya, saya menghasilkan Champion pada tahun 2002. Kemudian saya mengambil masa 10 tahun untuk menghasilkan lagu yang lebih sensasi daripada Champion iaitu Gangnam Style.”

Tambah Psy lagi dalam video tersebut, “Saya rasa apa yang saya boleh katakan, mungkin waktu seterusnya anda akan bertemu dengan lagu seperti Gangnam Style adalah pada tahun 2022.”

Kemudian pada akhir video muncul tarikh keluaran albumnya pada 29 April 2022. Ini adalah kemunculan semula pertamanya selepas lima tahun menyepi tanpa mengeluarkan album baharu. Semestinya para peminat dari seluruh dunia tidak sabar dan teruja untuk mengetahui jenis muzik sensasi apa yang akan dibawa oleh Psy.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca