Penyanyi Alif Satar Sah Dijangkiti COVID-19

Semalam, kita telah dikejutkan dengan penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif Covid-19. Dipercayai, Alif telah membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Berikutan kes tersebut, separuh akhir Muzik Muzik telah ditangguhkan ke tarikh yang bakal diumumkan nanti.

Alif yang membuat satu hantaran di Instagram milik peribadinya berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif COVID-19 berkenaan selepas melakukan beberapa ujian saringan.

“Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya telah melakukan beberapa ujian saringan COVID-19. Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif COVID-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.

Sumber: RojakDaily

“Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan saya,” tulis Alif dalam hantaran tersebut.

Alif juga memohon maaf atas segala kesulitan yang terjadi dan mendoakan agar semua dijauhkan dan diberi kekuatan dengan dugaan ini. Difahamkan, Alif juga telah memberi nama-nama kontak rapat yang dikenal pasti dalam tempoh 14 hari kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Alif, dia kini sedang menjalani proses kuarantin dan memaklumkan telah menjalani ujian saringan pada 21 November 2020.

Sumber: mStar

Jumaat lalu, menerusi separuh akhir Muzik Muzik 35, Alif telah membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan dan ketika ini, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit telah dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pihak KKM.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca