Bermula 17 Februari lalu, pihak kerajaan telah melancarkan DidikTV sebagai tatapan pembelajaran buat para pelajar dari rumah masing-masing.
Sesi pembelajaran yang diharapkan mampu memberi kemudahan kepada pelajar telah dijadikan bahan lawak.
Seorang warganet memuat naik reaksi beliau bergelak ketawa terhadap guru yang berbahasa Inggeris semasa mengajar mata pelajaran Sains.
This ladies and gentlemen; is a moron. pic.twitter.com/YnhuxPDgnc
— Majnun (@amer_aljeffrey) February 19, 2021
Bukan sahaja ketawa dengan keterlaluan, lelaki ini juga dilihat mempersendakan cara sebutan guru tersebut yang merupakan pengajar di DidikTV.
Tindakan beliau yang dikatakan seorang penyampai radio ternyata kurang disenangi warganet.
Menerusi perkongsian seorang lagi warganet yang juga berkerjaya sebagai guru, tindakan guru berkenaan menyebut perkataan satu persatu adalah tepat memandangkan pengajaran ditujukan kepada pelajar tahun dua.
I’m a teacher & also teaching Science but not in DLP (read: English) at my school. From what I observed, this teacher needs to utter one word to another word bcs not every Year 2 students have good listening skills & understand English well.
— ᵉᵉᵖᵃ (@eepapoppins) February 19, 2021
Tambahnya lagi, cara sebutan guru tersebut bukanlah suatu isu yang besar kerana subjek diajar bukanlah mata pelajaran Bahasa Inggeris sebaliknya adalah Sains.
Terdapat juga para warganet lain memberikan pendapat berikutan video yang dimuat naik penyampai radio ini.
Orang yang fluent english biasanya dia takkan downgrade orang yang tak berapa pandai english ni. Dia akan betulkan or ajar instead of gelakkan.
— Sheila F'zee (@NSheilaaaaa) February 19, 2021
This is not right, she is just an educator, not the best, tapi dia buat yang terbaik semampu boleh. I feel ashamed by orang yang attacked the teacher, she is not a politician 🥲
— HeadsUp (@HeadsUp93) February 19, 2021
Ada juga yang mengaitkan stesen radio beliau bekerja di bawah ciapan berkenaan.
Awal sangat aku pergi singgah niii… baru 3 comments… We need more..!!! 😝😝 pic.twitter.com/1xq87hcJ8X
— Hakunamatata (@ZakwanHasni) February 19, 2021
Setakat ini, lelaki tersebut telahpun membuang video yang dimuat naik dari platform TikTok selepas menerima kecaman dari tindakan beliau itu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan bahasa, anda boleh klik pada pautan di bawah: