Penyampai Berita Legenda RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Berita tersebut dimaklumkan oleh anaknya sendiri iaitu Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

“Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah tentu beliau akan dirindui,” katanya.

Farid Ismeth Emir, 66 tahun merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata.

Seluruh team Lejen Digital mengucap salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga seluruh keluarga tabah dan diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca