Penuntut IPT Perlu Fikir Di Luar Kotak Dan Fleksibel Dalam Memilih Kerja – MEF

Umum sudah tahu, sejak tercetusnya pandemik COVID-19 di negara ini ramai yang menjadi mangsa kehilangan kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Susulan permasalahan ini, penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) harus berfikir di luar kotak untuk berjaya di dunia pekerjaan yang kian mencabar pascar COVID-19.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, generasi pelapis masyarakat ini perlu lebih fleksibel dalam memilih bidang pekerjaan yang akan diceburi.

“Sebagai contoh, kalau katakan seseorang itu mengambil bidang sains, tidak ada sebarang halangan untuk pelajar ini menjadi seorang pengusaha produk digital.

Kita harus menerima apa jua cabaran yang datang dan mungkin membuat sesuatu yang kita tidak mimpikan langsung untuk membuatnya,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Rancak TV, pada Khamis.

Tambah beliau, pengusahaan produk digital yang menerima permintaan tinggi ketika ini boleh dijadikan pekerjaan untuk menjana pendapatan tambahan di samping pekerjaan tetap.

Di samping itu, Shamsuddin berkata beliau memahami cabaran yang dihadapi generasi muda untuk menjamin pekerjaan tetap dan normal seperti sebelum COVID-19.

Justeru itu, beliau menasihati agar anak muda tidak mudah putus asa dan melihat cabaran ini dari sudut yang lebih positif.

Penularan COVID-19 ini dikatakan memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor di negara ini, khususnya dalam sektor ekonomi dan pekerjaan.

Untuk rekod, bilangan penganggur di Malaysia kini meningkat kepada 17.1 peratus iaitu daripada 521,300 orang pada Mac tahun lalu kepada 610,500 orang Mac tahun ini.

Hal ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang muda yang baru sahaja ingin memasuki ke dalam dunia pekerjaan.

Untuk membaca artikel lain tentang COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca