Penumpang Jatuh Dari Pesawat Sedang Terbang, Mayat Dijumpai Di Sebuah Taman

Penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai penumpang sebuah pesawat di sebuah taman di selatan London telah menggemparkan seluruh masyarakat di sana.

Berdasarkan laporan awal syarikat penerbangan Kenya Airways, mereka mengesahkan bahawa mayat berkenaan mungkin terjatuh daripada pesawat yang sedang terbang menuju ke Heathrow itu.

Namun begitu, laporan itu tidak menyatakan sama ada lelaki itu sudah tidak bernyawa sewaktu berada dalam kebuk gear pendaratan atau meninggal gara-gara jatuh dari ketinggian penerbangan pesawat itu.

Menurut pihak polis, bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat tersebut. Buat masa ini, kematian lelaki itu tidak dikaitkan dengan apa-apa motif pembunuhan.

Lelaki tersebut dipercayai tiba-tiba jatuh dari langit dan lokasi tersebut hanya satu meter daripada penduduk yang sedang asyik berjemur di taman, lapor Associated Press.

“Saya dengar satu dentuman. Saya naik ke atas untuk melihat dari tingkap. Pada mulanya saya fikir orang gelandangan tidur di taman.”

“Pakaiannya semua lengkap. Saya melihat dengan lebih dekat dan dapati ada darah di seluruh dinding taman,” katanya.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tersebut melaporkan tiada sebarang kerosakan pada pesawat itu. Pada masa yang sama, seluruh warga Kenya Airways mengucapkan takziah atas pemergian mangsa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca