Penulis Buku Tentang Cendawan Biarkan Bukunya Dimamah Cendawan Sebelum Makan Cendawan Itu

‘Pada akhirnya, ia hanyalah sebuah buku tentang cendawan dan siapalah yang mahu membacanya?’

Persoalan itu mengetuk minda seorang ahli biologi bernama Merlin Sheldrake untuk berfikir di luar kotak bagi mempromosi buku tulisannya tentang dunia kulat yang bertajuk ‘Entangled Life: How Fungi Make Our Worlds, Change Our Minds, and Shape Our Future’.

Lalu dia mendapat idea dengan menumbuhkan cendawan ke atas bukunya sebelum masak dan memakan cendawan tersebut. Tujuannya bukan saja untuk menarik minat peminat cendawan tetapi juga orang awam.

Dalam video promosinya, Sheldrake menyatakan bahawa beliau menggunakan Pleurotus, sejenis kulat omnivor yang boleh mengurai apa saja seperti putung rokok, minyak semula jadi dan termasuk bukunya.

Selain itu, dia turut memasang muzik bagi memastikan kulat tersebut tumbuh dengan jayanya.

Beberapa minggu kemudian, Sheldrake menuai, menggoreng dan memakan cendawan tersebut. Kalau goreng celup tepung mesti sedap ni.

Secara literal, lelaki itu menuai hasil kajiannya bertahun-tahun tentang kulat dan ‘mengunyah’ isi bukunya sendiri.

Untuk baca lagi artikel berkaitan buku, klik pautan artikel di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca