Penularan Wabak Koronavirus, Wuhan Kini Jadi ‘Ghost Town’

Untuk mengawal penularan wabak koronavirus, Wuhan kini berubah wajah menjadi sebuah ghost town.

Mana tidaknya, pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan notis perintah berkurung kepada semua penduduk di bandar tersebut.

Bukan sahaja penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dari wilayah Wuhan, kawasan bandar dan kereta api serta tempat tumpuan ramai dilaporkan tidak lagi mempunyai kelibat manusia.

Tidak berhenti di situ, seorang pelancong dari Amerika Syarikat sempat merakam beberapa keping gambar sepanjang berada di bandar tersebut.

Sumber: Newsflare
Sumber: Newsflare
Sumber: Newsflare

Dalam pada itu, ramai penduduk di wilayah tersebut dikhabarkan memborong stok makanan di pasar raya supaya mereka tidak perlu keluar rumah sehingga wabak ini berjaya dikawal sepenuhnya.

Sumber: Newsflare

Untuk pengetahuan anda, wabak koronavirus ini dikatakan berpunca daripada sebuah pasar yang menjual binatang eksotik seperti kelawar yang terletak di Wuhan.

Pada pendapat anda, adakah wabak ini mampu dikawal secara sepenuhnya dalam masa terdekat?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang 2019-nCOV, anda boleh tonton video di bawah:

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai wabak koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca