Facebook menukar nama syarikat utamanya kepada Meta pada hari Khamis semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, syarikatnya menjenamakan semula sebagai Meta dalam usaha untuk merangkumi visi realiti mayanya.
Dalam menjelaskan penjenamaan semula, Zuckerberg menerangkan aplikasi Facebook dan rangkaian lain seperti Massenger dan Instagram masih kekal seperti biasa.
Pengubahsuaian dibuat kerana selama ini syarikat mereka hanya dilihat sebagai syarikat media sosial sahaja.
Namun begitu, tunjang utama syarikat tersebut dibina adalah untuk menghasilkan teknologi dalam menghubungkan orang ramai. Secara tidak langsung ia tidak akan mengubah struktur korporatnya.
Zuckerberg turut menunjukkan demo video mengenai rupa Metarverse yang diperkenalkan itu melalui satu rakaman langsung di laman akaun Facebook:
Bermula 1 Disember ini, saham syarikat tersebut akan mula berdagang di bawah simbol ticker baharu iaitu MVRS (Metaverse)
Fokus utama dalam membina Metaverse iaitu satu persekitaraan maya yang baharu menjadi pengganti kepada internet mudah alih.
Jelasnya lagi dunia komuniti maya tiada sempadan ini membenarkan orang ramai bertemu, bekerja dan bermain bersama-sama secara virtual.
Idea alam maya yang boleh diakses oleh orang ramai ini akan menggunakan peranti berbeza. Facebook tahun ini melancarkan sepasang cermin mata pintarnya sendiri bersama Ray-Ban. Bakal mengumumkan pelbagai kemas kini produk AR dan VR baharu.
Ini termasuk set kepala Oculus VR yang akan digunakan bagi menghubungi rakan melalui Facebook Messenger dan menjemput orang lain ke satu ruang sosial yang digelar Horizon Home.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: