Penuh Misteri, Rambut Anak Patung Ini Terus Tumbuh Persis Rambut Manusia

Pernahkan anda dengar tentang anak patung berhantu? Mungkin sebelum ini kita banyak lihat anak patung berhantu ini dalam filem-filem seram. Percaya atau tidak, ia sebenarnya betul-betul wujud. Satu anak patung yang diberi nama Okiku merupakan anak patung berhantu di Hokkaido.

Ia ditempatkan di sebuah kuil di Iwamizawa, Jepun. Kenapa ia dikatakan sebagai anak patung berhantu? Apa yang kami bakal bongkarkan ini mampu buat anda semua seram sejuk!

Apa yang membuatkan ia dilabelkan berhantu adalah kerana rambut anak patung ini tumbuh seolah-olah ia bernyawa. Dalam erti kata lain, rambutnya tumbuh persis rambut manusia. Tidak cukup dengan itu, patung ini juga dipercayai mempunyai semangat seorang budak perempuan.

Pada tahun 1918, seorang lelaki telah membeli patung tersebut buat adiknya iaitu Kikuko yang berusia 3 tahun ketika itu sebagai hadiah.

Kikuko sangat sayang akan patung itu. Dia bukan sahaja membawa patung itu kemana-mana sahaja dia pergi malah Kikuko juga sangat menyukai patung tersebut sampai tahap dia akan tidur bersama-bersama dengannya pada setiap malam. Nasib malang menimpa kanak-kanak berkenaan tidak lama kemudian apabila dia meninggal dunia akibat dijangkiti virus selesema.

Selepas kematian Kikuko, keadaan bukan sahaja berubah menjadi aneh malah menyeramkan.

Keluarga Kikuko telah membuat keputusan untuk menyimpan patung kesayangan anak mereka itu di sebuah kuil sebagai kenang-kenangan. Merekalah yang memberi nama Okiku buat patung itu.

Saat inilah perkara menyeramkan telah berlaku. Dari hari ke hari, rambut Okiku dikatakan tumbuh dan menjadi lebih panjang. Insiden ini menyebabkan keluarga Kikuko percaya yang anak patung berkenaan mempunyai semangat anak perempuan kesayangan mereka.

Pada tahun 1938, keluarga Kikuko telah berpindah dari Hokkaido. Namun begitu, Okiku tidak ikut sekali dan ia kekal di pulau tersebut.

Sampai hari ini, anak patung berkenaan masih lagi berada di kuil itu. Malah, rambutnya juga dipercayai tumbuh sehingga sekarang. Para sami mendapat pekerjaan baharu iaitu sebagai ‘tukang gunting rambut’ anak patung itu. Difahamkan, rambut Okiku dipotong dari masa ke masa.

Mereka mula berbuat demikian apabila salah seorang daripada sami itu telah bermimpi di mana Okiku memintanya untuk memotong rambutnya.

Berdasarkan pemeriksaan saintifik yang telah dijalankan ke atas Okiku, ia didapati mempunyai rambut manusia. Namun begitu, bagaimana rambut manusia boleh berada di kepala patung itu tidak dapat dijelaskan hingga sekarang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca