Penuh Eksklusif, DoubleTree By Hilton Hotel Adalah Pilihan Terbaik Jika Anda Berkunjung Ke Johor Bahru

Sekiranya anda berkunjung ke Johor Bahru dan mencari tempat untuk menginap, DoubleTree by Hilton Hotel adalah pilihan paling tepat buat anda. Lokasi hotel bertaraf empat bintang ini sangat strategik memandangkan ia terletak berdekatan dengan Tambak Johor. Ini sekali gus membolehkan anda untuk melawati Singapura pada masa yang sama.

Selain itu, lokasi-lokasi tumpuan seperti Taman Tema Angry Birds, Komtar JBCC dan Zoo Johor hanya dalam jarak berjalan kaki sahaja dari DoubleTree by Hilton Hotel.

Team Lejen Digital berpeluang untuk menginap di DoubleTree by Hilton Hotel selama tiga hari dua malam semasa berkunjung ke Johor Bahru tempoh hari. Sebaik sahaja mendaftar masuk, kami disambut dengan biskut coklat cip sebagai welcome cookies. Difahamkan, ia merupakan salah satu cara untuk menyambut para pengunjung yang memilih DoubleTree by Hilton Hotel sebagai tempat penginapan mereka.

Dengan harga bermula hanya daripada RM269 untuk satu malam, apa yang bakal dilihat sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik hotel ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar. Selain bilik yang luas dan eksklusif, para penginap juga boleh memilih jenis bantal mengikut pilihan masing-masing.

Selain itu, terdapat juga bar mini di dalam bilik yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan buah-buahan serta minuman segera. Sekiranya anda lapar di tengah malam, jangan risau kerana anda boleh memesan makanan yang disediakan oleh chef terkemuka hotel tersebut.

Keekslusifan yang ditampilkan oleh DoubleTree by Hilton Hotel turut dapat dirasai apabila anda melangkah masuk ke bilik air di mana ia sangat selesa dan turut didatangi dengan vanity mirror.

Juadah terkenal masyarakat Melayu di ruangan Malay Kitchen.
Variati mi di Chinese Kitchen.

Setiap tempahan bilik di DoubleTree by Hilton Hotel akan datang bersama dengan dua baucar sarapan di Makan Kitchen. Menariknya, terdapat pelbagai pilihan juadah yang mengetengahkan rasa asli makanan masyarakat majmuk Malaysia untuk menepati cita rasa para penginap.

Pelbagai pilihan bijirin mengikut cita rasa para penginap.
Variasi perisa aiskrim yang cukup menggiurkan.

Selain Malay Kitchen, Chinese Kitchen dan Indian Kitchen, terdapat juga beberapa kaunter lain yang menghidangkan makanan seperti bijiran, salad dan aiskrim.

Tidak lupa juga, terdapat bermacam-macam jenis juadah pencuci mulut yang menanti anda semua.

Bagi penggemar kopi pula, terdapat ruangan khas untuk anda di mana pihak Makan Kitchen menyediakan mesin pembuat kopi. Espresso, Black Coffee, Americano, Cappuccino atau Latte, anda hanya tinggal pilih sahaja!

Di samping itu, terdapat juga kemudahan gimnasium, sauna, kolam renang dan juga jakuzi untuk para penginap di DoubleTree by Hilton Hotel.

Gimnasium dengan pemandangan yang indah.
Ruangan yang menempatkan jakuzi untuk para penginap berehat sambil menikmati pemandangan Johor Bahru.
Kolam renang yang cukup eksklusif menanti anda semua.
Suasana di lobi DoubleTree by Hilton Hotel.

Untuk maklumat lanjut tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Facebook: https://www.facebook.com/doubletreeJB/

Instagram: https://www.instagram.com/doubletreejb/

Twitter: https://twitter.com/DoubleTreeJBR

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru.

Alamat: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.

Untuk ketahui lokasi menarik di Johor, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca