Pentingnya Pemakaian Sunblock, Lindungi Kulit Dari Panas Matahari!

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya kenapa kulit masih mengalami breakout dan sebagainya walau dah dijaga dengan baik. Ha! Cuba anda periksa semula rutin penjagaan wajah anda, mungkin ada yang anda terlepas pandang.

Kebanyakan daripada kita hanya pentingkan penggunaan pencuci dan pelembap kan? Namun kita sering mengabaikan satu lagi rutin pejagaan dalam penjagaan asas muka. Kita lupa tentang kepentingan penggunaan sunblock, sedangkan ia dapat membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah.

 

 

Meskipun cahaya matahari sememangnya mengandungi kandungan vitamin yang baik untuk kulit namun, jangan salah anggap. Cahaya matahari yang berlebihan bukan sahaja akan membuat kulit terbakar bahkan tona kulit akan kelihatan tidak sekata.

Oleh itu pemakaian sunblock  seblum anda keluar rumah amatlah penting bagi melindungi kulit. Berikut merupakan tips memilih sunblock yang sesuai mengikut jenis kulit.

 

  • Kulit kering:
  • Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada formula melembapkan kulit wajah.
    • Ada tiga jenis sunclock yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk krim, minyak atau losyen.
    • Perlu diingat bahawa losyen likatannya lebih pekat berbanding krim. Jadi jangan salah pilih.
  • Kulit yang mempunyai alahan/ berjerawat/breakout:
    • Bagi yang kulit berjerawat pula anda harus tahu bahawa bahan-bahan seperti alkohol, paraben dan pewangi tidak baik untuk kulit anda.
    •  Elakkan penggunaan produk dari jenis gel. Pilih sunblock yang mempunyai tekstur light krim.
  • Kulit yang mempunyai tona tak sekata/ kulit gelap:
    • Pilih sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai.

 

 

Jangan abaikan penggunaan sunblock dalam rutin harian anda. Bukan sahaja ia dapat melindungi kulit anda dari sinaran matahari, bahkan ia juga dapat membantu anda mendapat kulit yang lebih sihat!

Artikel Lain Untuk Di Baca