Pentas Jauh Dan ‘Sound System’ Tidak Jelas, Ramai Penonton Kecewa Pergi Konsert Billie Eilish

Walaupun konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 telah menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur semalam, orang ramai turut meluahkan rasa kecewa mereka dengan pihak pengurusan konsert yang seolah-olah menipu duit mereka.

Menerusi tinjauan kami di laman Twitter, rata-rata penonton yang membeli tiket harga mahal meluahkan rasa tidak puas hati kerana jarak di antara pentas utama dengan tempat duduk penonton terlampau jauh.

Tidak berhenti di situ, para peminat juga tidak menyembunyikan perasaan kecewa dengan sistem suara yang digunakan kerana mereka tidak dapat mendengar suara Billie dengan jelas.

Sumber: The Vocket

Selain warganet, personaliti media sosial seperti Azfar Heri dan Khairulaming turut meluahkan rasa kurang puas hati mereka dengan konsert semalam.

Sumber: Twitter @Azfarheri

“Entah la, first time pergi konsert yang rasa tak puas hati. Beli cat 2 yang harga dia RM500+ sebab tu antara seated yang paling dekat dengan stage la kan. Sekali jauh, dah la tak bawa teropong. Rasa macam tengok bola ye.

Lepas tu sound system dia pula dengar tak dengar je. Billie cakap apa pun aku tak dapat catch up,” ujar Azfar.

“Jauhnya stage. Weh sedihnya sound system. Tak clear pun Billie sebut apa. Aku redhoooo,” ujar Khairulaming pula.

Sumber: Twitter @khairulaming

Pada waktu artikel ini ditulis, tanda pagar #BillieEilishTourMalaysia masih lagi sohor kini (trending) di laman Twitter.

Sekiranya anda turut menghadiri konsert Billie Eilish semalam, apa pula pendapat anda berkaitan jarak tempat duduk dan pentas utama serta sistem suara?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca