Pensyarah Jarang Buka Kamera, Rupanya Sedang Berjuang Lawan Sakit

pensyarah-jarang-buka-kamera-ternyata-sedang-berjuang-lawan-sakit

Sudah menjadi kebiasaan bagi tenaga pengajar untuk menunjukkan wajah apabila mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian supaya anak didik lebih bermotivasi dan memahami ilmu yang disampaikan oleh seorang pensyarah dengan gaya lincah.

Namun begitu, tindakan seorang pensyarah di Universiti Gadjah Mada ini telah mengundang persoalan dalam kalangan para pelajar kerana beliau dikatakan tidak pernah membuka kamera komputer ribanya ketika mengajar sejak awal semester lagi.

Bagaimanapun, perkara itu ‘terbongkar’ ketika pensyarah tersebut, Edi Prasetyo Nugroho tidak sengaja terbuka kamera komputer ribanya.

Rupa-rupanya, beliau sedang sakit dengan memakai tiub oksigen namun tidak pernah berkongsi mengenai keadaannya kepada pelajarnya.

Kisah itu dikongsi di platform TikTok oleh salah seorang pelajar yang terharu dengan kesungguhan dan pengorbanan pensyarahnya dalam memikul tanggungjawab walaupun tahap kesihatan tidak mengizinkan.

Pemilik akaun Tiktok @eccediary atau nama sebenarnya Nandini Catra Nabilah memaklumkan bahawa pensyarah yang mengajar subjek perniagaan dan pengurusan itu menghidap penyakit kegagalan buah pinggang sejak 11 tahun lalu.

Memetik laporan Tribun News, gadis berusia 23 tahun itu berkata, mungkin sebab itulah dia perasan suara pensyarahnya kadang kala mengalami sera dan seolah-olah sukar bernafas ketika sesi mengajar.

@eccediary

Sehat selalu Bapak, terima kasih sudah mendedikasikan waktu dan semangatnya untuk mengajar✨ #bcaxyz #bcazxy

♬ You Are Enough – Sleeping At Last
Sumber: TikTok (@eccediary)

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di aplikasi TikTok telah meraih 4.2 juta tontonan dan lebih 20,700 komen warganet.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet turut menyatakan rasa kagum dengan kecekalan pendidik itu yang bertungkus-lumus dalam menyampaikan ilmu agar anak didik tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:
Tribun News, TikTok

Artikel Lain Untuk Di Baca