Pensyarah Ini Hasilkan Potret Tunku Abdul Rahman Dengan Hanya Menggunakan Cap Jari

Cap jari merupakan bahagian yang paling penting dalam menentukan identiti seseorang. Ia adalah gambaran yang jelas mengenai siapa diri kita dan ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dijumpai atau ditiru di tempat lain.

Bagi pelukis potret yang bernama Vivian Ng Suet Yuan ini, ia adalah metafora yang tepat untuk menggambarkan identiti pelbagai budaya di Malaysia, yang diumpamakan seperti cap ibu jari, yang unik dan tidak dapat diganti.

Disebabkan itu, Ng membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah potret Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dengan hanya menggunakan cap jari.

为什么我要用 #拇指纹 来画马来西亚国父❓…

Posted by 牛牛画廊 Niuniu's gallery on Friday, 14 August 2020

Karya yang berjudul ‘Hargai Keharmonian’ ini memerlukan tempoh lima hari, dan ribuan cap ibu jari tangan kanannya, untuk disiapkan. Ia mengandungi tiga warna yang terdiri daripada kuning, hitam dan merah yang turut menandakan bangsa Melayu, Cina dan India.

“Ini adalah potret cap jari saya yang pertama. Tunku Abdul Rahman adalah Bapa Malaysia. Saya harap kita akan selalu ingat apa yang telah beliau sumbangkan kepada negara 63 tahun yang lalu,” kata wanita berusia 28 tahun ini merujuk kepada pengisytiharan kemerdekaan negara oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957.

“Saya bukan ahli politik, saya juga tidak boleh membuat banyak perubahan atau mengharapkan sebarang perubahan. Tetapi saya boleh menggunakan tangan saya untuk memberi penghormatan kepada bapa pengasas Malaysia.

“Sekurang-kurangnya saya berharap selagi ada orang yang melihat lukisan ini, ia akan mengingatkan mereka tentang semangat patriotisme,” jelas Ng.

Ng yang berasal dari Bentong, Pahang merupakan pengasas kepada Galeri Niuniu dan dia juga pernah menyambung pengajian dalam bidang seni bina dan reka bentuk serta mempunyai Ijazah Sarjana Seni Bina Landskap Universiti Leeds Beckett, England.

❝绘画过程❞ #拇指纹肖像画 真的很考验耐心,一直觉得自己是个急性子,所以更要挑战 #thumbprintportraitpainting !#牛牛画廊订购:niuniusgallery@gmail.comFollow my ig: @niuniusgallery YouTube: https://bit.ly/3bHsoQk

Posted by 牛牛画廊 Niuniu's gallery on Sunday, 16 August 2020

Selain sibuk melukis dan menguruskan galeri miliknya, Ng juga bergelar pensyarah di sebuah kolej di Petaling Jaya.

Ng berasa bangga kerana dapat mencipta karya seni pemimpin terkemuka Malaysia. Bulan lalu, Ng menghasilkan potret Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dan kemudian dipersembahkan kepada beliau.

Selain potret Tunku Abdul Rahman, Ng turut menghasilkan dua lagi tokoh politik era kemerdekaan, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanathan yang pernah menemani Tunku ke Britain untuk berunding tentang kemerdekaan.

“Sempena hari kemerdekaan, harapan saya agar kita terus memiliki negara yang aman selain keharmonian di antara semua kaum di Malaysia,” katanya.

Semua potret yang dihasilkan Ng sedang dipamerkan di Galeri Niuniu yang terletak di Sungai Chua, Kajang, Selangor.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca