Baru-Baru ini kecoh berkenaan segelintir penonton tidak puas hati terhadap durasi persembahan penyanyi popular Indonesia, Tulus yang didakwa tidak berbaloi dengan harga tiket berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shiraz Projects, Shirazdeen Karim tampil memberi penjelasan bahawa persembahan pemilik nama Muhammad Tulus itu bukanlah sebuah konsert berskala besar seperti disangka.
“Konsep diketengahkan menerusi Fabulous Friday ini antara showcase dan konsert, manakala durasinya antara 75 hingga 90 minit.
“Persembahan Tulus malam itu bukanlah konsert, sebaliknya ia lebih kepada showcase.

Mengulas isu bayaran tinggi yang menjadi rungutan penonton, Shirazdeen berkata, kos penganjuran tinggi menyebabkan perkara itu tidak dapat dielakkan.
“Sekarang, semua harga barang naik dan sebagai penganjur, kami juga berdepan dengan masalah sama.
“Kos bayaran pembekal, lokasi dan bayaran artis tinggi menyebabkan kami tidak dapat mengelak mengenakan harga tiket yang agak tinggi.
“Bukan mudah mendapatkan penyanyi nombor satu Indonesia seperti Tulus. Kami sendiri terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkannya.
“Sepanjang menganjurkan pelbagai acara, kami tidak pernah berdepan masalah pun.
“Justeru, apabila ada yang mempertikaikannya, saya rasa amat terkilan,” luahnya.

Pun begitu, Shirazdeen memberi jaminan akan memperbaiki segala kelemahan pada masa akan datang.
Persembahan yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 dan 6 Januari hanya berdurasi sekitar 70 minit dan menyaksikan penyanyi lagu Manusia Kuat dan Gajah itu menyampaikan 15 lagu.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: