Penjelasan MB Perak Tentang Pemberian Telefon Kualiti Rendah Ini Bikin Warganet Bengang

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad telah mempertahankan tindakan kerajaan negeri beliau yang mengedarkan 20,000 telefon pintar berkualiti rendah kepada para pelajar di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani.

Memetik laporan Malaysiakini, Saarani menjelaskan bahawa telefon itu bukan dibeli dengan dana awam sebaliknya ia merupakan sumbangan daripada dana YTL.

“Bila kita susah, orang nak sedekah kita terima. Tak adalah demand-demand (meminta itu dan ini) kan? Kalau masa kita tengah susah ni, orang bagi ikan sardin, ikan sardinlah kita makan. Tak ada kita (minta) nak makan ayam pula.

Sumber: The Star

Itulah ceritanya. Jadi nak gambarkan bahawa telefon pintar itu diberi secara percuma dan kami menerimanya dan telah pun mengedarkan kepada pelajar-pelajar,” ujar Saarani.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan bahawa kerajaan negeri belum bercadang untuk menaik taraf telefon pintar berkenaan agar lebih sesuai untuk keperluan kelas dalam talian buat masa ini.

“Lebih baik ada daripada tiada. Kalau tidak ada sumbangan Yayasan YTL ini, ribuan anak-anak B40 tidak ada satu peranti pun untuk mereka ikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jadi, saya nasihatkan kepada kawan-kawan di sana lebih baik ada daripada tiada. Mulakan dengan apa yang ada. Kemudian biarkan datanglah kemudahan-kemudahan yang lain, insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati ramai orang dan penerima bantuan bagi tujuan PdPR telah mengkritik telefon pintar yang diterima kerana ia tidak sesuai untuk digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah:

Ini kerana telefon pintar yang diedarkan kepada pelajar di bawah program berkenaan cepat panas dan mudah rosak walaupun masih baru diterima.

Sumber: Malaysiakini

Tidak berhenti di situ, ada juga kes baru-baru ini di mana telefon yang dikenal pasti sebagai YES Altitude 3 yang dijual oleh YTL Communications itu terbakar semasa menjalani kelas dalam talian. Spesifikasi telefon berkenaan ialah skrin 5 inci, resolusi 854×480 piksel, pemproses 1.3GHz, 1GB RAM dan 8GB storan.

Apabila ditanya berkenaan isu telefon pintar itu terbakar ketika menjalani PdPR, Saarani berkata dia tidak bimbang dengan insiden berkenaan kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan program kerajaan negeri Perak walaupun menggunakan model yang sama.

“Hanya satu yang terbakar daripada 100,000 telefon yang diedarkan ke seluruh Malaysia. Takkan kita nak jadikan insiden itu sebagai satu punca untuk kita membuat siasatan. Saya pun beli banyak mentol lampu di rumah. Kalau satu mentol terbakar, takkan saya nak marah syarikat itu,” tambahnya.

Terdahulu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak iaitu Ahmad Saidi Mohamad Daud dilaporkan berkata spesifikasi rendah telefon berkenaan hanya sesuai digunakan bagi tujuan pembelajaran dan sekali gus dapat elak daripada disalah guna untuk tujuan lain seperti bermain permainan video. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca