Penjahat Di Skrin Dan Realiti, Pelakon India Akui Tembak Bapa Saudara

Seorang pelakon yang sering memainkan watak penjahat dalam filem Bhojpuri ternyata merupakan penjenayah di dunia nyata selepas dia disabitkan kesalahan membunuh bapa saudaranya dua tahun lalu.

Tertuduh, Sanjay Pandey ditahan pihak berkuasa di set penggambaran filem di bandar Gorakhpur yang bersempadan dengan Uttar Pradesh, baru-baru ini.

Menurut laporan, pihak polis mendapat informasi bahawa ada penjenayah yang dikehendaki sedang berlakon filem di Patna.

Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi penggambaran dan mendapati Sanjay menyimpan senjata api tanpa lesen yang sah.

Semasa sesi soal siasat, tertuduh akhirnya mengaku dia telah menembak mati bapa saudaranya dua tahun lalu selepas berselisih faham mengenai isu tanah. Usai melakukan pembunuhan itu, Sanjay melarikan diri dan menetap di bandar Gorakhpur.

Selain itu, Sanjay juga mengaku dia menyara kehidupannya dengan melakonkan watak-watak penjahat dalam beberapa filem tempatan.

“Semasa disoal siasat, tertuduh mengaku telah menembak mati bapa saudaranya. Namun, suspek menafikan penglibatannya dalam mana-mana kes jenayah yang berlaku di Uttar Pradesh. Senjatanya kini dirampas dan dia disumbat ke dalam penjara,” ujar pegawai polis Ravi Rai.

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah kejam, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca