Jika sebelum ini tular siput yang menyerupai zakar lelaki, kini muncul pula ribuan ikan yang mirip dengan bentuk kemaluan manusia.
Terbaharu, sebuah kawasan di luar negara teruk dilanda ribut salji.
Anehnya, selepas kejadian ribut itu, muncul ribuan ikan pelik di sekitar pantai Selatan California.
Berdasarkan laporan The Guardian, ikan kecil berbentuk panjang itu bersaiz 10 inci.
Dengan bentuk yang panjang sebegitu, ia kini disamakan persis kemaluan milik jantina lelaki.
Malahan, ia juga kelihatan seakan cacing gergasi.
Disebabkan oleh rupa bentuknya yang sedemikian, penduduk tempatan menamakan ikan tersebut sebagai penis fish atau dalam bahasa tempatan merujuk kepada ikan zakar.
View this post on InstagramA post shared by Bay Nature Magazine (@baynaturemagazine) on
Habitat kehidupan ikan ini biasanya ditemui jauh dalam pasir. Namun, akibat ribut salji dan gelombang ombak yang melanda baru-baru ini, ribuan ikan terdampar di kawasan permukaan pantai.
Kemunculan ikan ini juga menjadi rezeki buat haiwan lain. Ia menjadi makanan buat haiwan seperti burung camar dan ikan.
Ternyata, ikan ini dikenali sebagai Gaebul dalam kalangan masyarakat Korea Selatan. Ia juga dijadikan hidangan oleh rakyat di sana.