Peningkatan Kes Baharu, Tokyo Keluarkan Amaran COVID-19

Jepun telah mengeluarkan amaran COVID-19 di ibu negara Tokyo seminggu selepas kerajaan menarik semula perintah sekatan.

Gabenor Tokyo, Yuriko Koike memaklumkan amaran dikeluarkan susulan peningkatan kes jangkitan dengan 34 kes baharu dilaporkan di bandar itu.

“Amaran Tokyo ini bertujuan memaklumkan penduduk bandar berhubung status jangkitan dan dengan ini saya berharap penduduk akan lebih berwaspada, elakkan hiburan malam dan amalan 3C,” katanya.

Ketika amaran ini dikeluarkan, sektor perniagaan di Tokyo baru sahaja kembali beroperasi.

Pakar juga merasakan kes baharu ini berikutan peningkatan pergerakan rakyat sejak pertengahan Mei.

Sebelum ini, semua sektor ekonomi di Jepun telah disekat susulan pelaksanaan perintah darurat.

Justeru itu, Jepun telah memperkenalkan pelan dasar tiga fasa untuk melangsungkan semula ekonomi mereka.

Untuk rekod, Jepun sehingga kini mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 16,930 kes positif dan 894 kes angka korban. Pada 15 Mei, negara itu telah melonggarkan perintah darurat di 39 daripada 47 kawasan.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa berjaga-jaga sewaktu keluar dari rumah dan mengamalkan penjarakan sosial yang baik.

Sentiasa pastikan diri anda memakai pelitup muka dan membawa cecair pembasmi kuman di mana sahaja untuk menjaga kebersihan diri.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca