Peniaga Wajib Memiliki Permit Untuk Menjual Buah Durian

Undang-undang baru telah dikenakan bagi peniaga buah yang menjual buah yang bermusim iaitu buah durian, perlu memohon permit untuk menjual buah tersebut.

Menurut ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Wong Yuee Harng mengatakan bahawa permit tersebut akan sah sehingga bulan Ogos tahun ini. Beliau juga menggesa agar peniaga untuk mengemukan permohonan permit dan tindakan akan diambil terhadap peniaga yang gagal menunjukkan permit.

Antara syarat lain yang dikenakan untuk penubuhan gerai sementara adalah mematuhi saiz struktur gerai yang telah ditetapkan dan mengupah kakitangan untuk mengawal laluan trafik jika diperlukan. Peniaga juga tidak boleh menggunakan bekas polisterin untuk membungkus buah tersebut.

Selain itu, larangan kepada peniaga untuk mengambil pekerja warga asing bagi menjaga gerai tersebut. Peniaga juga perlu memastikan bahawa pengurusan sisa sampah dikendalikan dengan betul dan tong sampah yang digunakan mestilah mengikut saiz yang sesuai untuk diletakkan di tapak gerai.

Bayaran bagi permit ialah RM1 sehari untuk setiap 40 kaki persegi dan pemambahan RM6 sehari untuk pembersihan sampah. Bagi bayaran kanopi pula adalah bayaran sekali sahaja iaitu RM100 (400 kaki persegi dan ke bawah), RM200 (400 – 800 kaki persegi) dan RM300 (800 – 1200 kaki persegi).

Peniaga boleh mengemukakan permohonan ke Jabatan Pelesenan MBPP di Jalan Padang Kota Lama atau menghubungi 04-2592020 untuk butiran lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca