Peniaga Kreatif Hasilkan ‘Tote Bag’ Yang Diilhamkan Daripada Pelitup Muka

Ketika ini, kita dapat lihat bagaimana masyarakat dunia kembali bangkit untuk melepaskan diri daripada cengkaman masalah ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, tular di negara Kenya apabila pengusaha salon rambut mencipta gaya rambut aneh yang diilhamkan daripada koronavirus atau wabak COVID-19. Fesyen rambut tersebut mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan.

Lain pula yang berlaku di Indonesia apabila sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan percetakan beg, telah menghasilkan rekaan ‘tote bag’ yang sangat kreatif. Rekaan ini telah dikongsi di laman Instagram mereka iaitu Arlie Percetakan Kain.

‘Tote bag’ yang dihasilkan ini bersaiz sederhana dan ini bermakna pembeli seolah-olah akan mendapat pelitup muka sebesar ukuran beg.

Melalui perkongsian itu, rata-rata warganet memuji rekaan beg tersebut. Ada juga yang beranggapan fesyen itu sangat lucu dan mencuit hati.

Untuk pengetahuan, tempahan beg ini masih dibuka sehingga 18 Mei dan akan memulakan jualan pada 26 Mei. Berita baik untuk para pembeli dari Malaysia, kerana mereka turut membuat penghantaran ke negara kita.

Ketika ini, kita dapat lihat bahawa pelitup muka menjadi keperluan seharian bagi masyarakat semasa keluar rumah atau berada di kawasan tumpuan ramai bagi membendung wabak COVID-19 daripada terus menular.

Beg rekaan daripada pelitup muka ini adalah antara contoh bagaimana pembeli boleh menyesuaikan pilihan fabrik yang diingini dengan pelbagai corak yang ada.

Dalam erti kata lain, pembeli boleh menghasilkan rekaan beg daripada cetusan idea sendiri. Dari segi harganya pula, ianya bergantung kepada jenis penggunaan fabrik dan kos cetakan.

Usaha peniaga ini untuk memajukan perniagaan meskipun wabak COVID-19 masih belum berakhir, harus dipuji dan dijadikan contoh. Orang ramai boleh turut sama menyokong dengan menghargai dan membeli barang daripada perniaga kecil-kecilan ini.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca