Peniaga Ini Didenda Kerana Menjual Tom Yam Udang Pada Harga RM30

Seorang peniaga kedai makanan telah dikenakan denda kerana tidak meletakkan tanda harga. Lebih mengejutkan, pekedai mengenakan RM30 terhadap tom yam udang.

Perkara ini berlaku apabila pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan operasi di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu Kelantan. Tindakan tersebut dibuat setelah pihak kementerian mendapat aduan terhadap pekedai tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Peniaga tersebut mengenakan harga yang tidak masuk akal terhadap para pelanggan. Apabila disoal tentang tindakannya, saiz makanan laut menjadi alasan utama. Bagaimanapun, dia mengaku kesalahan dan menjelaskan denda.

Tular sejak semalam posting laman sosial mengenai harga yang dikenakan peniaga tersebut. Ia menjadi pendebatan buat netizen sehingga mencetuskan tanda tanya. Perkara ini bukanlah kali pertama berlaku di PCB. Kawasan tersebut dikenali kerana makanan yang mahal. Namun menurut KPDNHEP, hanya segelintir kedai gagal mematuhi peraturan.

Sumber: Mai Singgah

Peniaga seharusnya tidak meletakkan harga sesuka hati. Menjadi tanggungjawab buat pekedai untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Jangan terlalu mengejarkan keuntungan semata-mata.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca