Peniaga Ikan Ini Ditahan Setelah Rakam Aksi Pelajar Wanita Di Dalam Tandas Kafe

Seorang lelaki yang merupakan peniaga ikan, 33 tahun disyaki telah merakam gambar dan video seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun di dalam tandas di sebuah kafe di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid yang merupakan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mengatakan bahawa mangsa menjerit setelah menyedari tindakan suspek yang sedang memegang telefon bimbit berwarna hitam dari bahagian atas pembahagi tandas berkenaan.

Bagaimanapun, rakannya yang sedang menunggu mangsa di luar telah mendengar jeritan mangsa lalu bertindak menghadang pintu tandas lelaki yang terletak bersebelahan.

“Mereka kemudian mendapatkan bantuan pekerja kafe itu dan sebaik sahaja suspek keluar, mereka bertindak memeriksa telefon bimbit lelaki tersebut.”

Bagaimanapun, pemeriksaan tidak menemukan gambar atau video mangsa di dalam telefon bimbit suspek namun mereka mendapati terdapat gambar mangsa wanita lain yang dirakam di dalam tandas itu tanpa disedari oleh mereka,” jelasnya.

Menurutnya lagi, mangsa telah membuat laporan polis dan pemeriksaan juga mendapati suspek turut menyimpan banyak video lucah di dalam telefon bimbitnya.

Oleh itu, suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca