Trend Gaya Hidup Yang Tinggi Punca Ramai Tidak Mempunyai Simpanan

Ramai orang ingat dengan bertambahnya wang, semakin kaya seseorang. Statistik menunjukkan sebaliknya. Mengikut realiti hari ini, semakin bertambah pendapatan semakin banyak hutang yang dibuat.

Kita selalu beranggapan bahawa sekiranya seseorang itu mempunyai pendapatan yang tinggi, maka masalah kewangannya akan selesai. Namun, malangnya ia tidak berakhir di situ.

Sepasang suami isteri yang mempunyai pendapatan kasar sebanyak RM10,000 sebulan. Pada pengamatan kita, jumlah pendapatan tersebut sudah cukup lumayan bagi menampung kos sara hidup di bandar misalnya. Kehidupan sebenar tidak begitu, kerana pasangan tersebut mempunyai pelbagai komitmen bulanan yang perlu diselesaikan.

Antara contoh komitmen bulanan seperti ansuran pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman pendidikan, minyak kereta dan tol, pakaian, makanan. Selain itu, jika mempunyai anak maka semakin besar perbelanjaan bulanan yang perlu ditanggung.

Kebanyakan orang akan mempunyai persoalan tentang bagaimana hendak menjadi kaya. Namun, tidak ramai yang bertanya tentang pengurusan kewangan yang betul. Buktinya ketika situasi pandemik yang sedang melanda negara, ekonomi rakyat Malaysia mengalami kemelesetan. Ramai yang kehilangan pekerjaan, dan yang fresh graduate masih struggle untuk mencari pekerjaan.

Jika dilihat daripada sudut pandang yang berbeza seandainya ekonomi berada dalam keadaan yang stabil adakah masalah kewangan itu tetap tidak akan wujud? Jawapannya tidak, semakin besar pendapatan seseorang individu, maka semakin besar jumlah hutang yang dibuat olehnya.

Kehidupan dan gaya hidup yang kini menjadi trend ikutan ramai. Ramai yang memulakan bisnes dengan harapan dapat menampung kehidupan. Gaya hidup yang mewah bagi meraih perhatian masyarakat adalah suatu budaya yang tidak sihat. Ia ibarat penyakit kronik yang semakin menular tanpa disedari.

Sedangkan jika diperhatikan jutawan seperti Mark Zuckerberg misalnya hanya mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Beliau tidak menghabiskan banyak wang demi hidup dalam keadaan yang bergaya. Ini sudah semestinya berbeza dengan mentaliti rakyat Malaysia yang mementingkan gaya hidup yang mewah bagi menarik perhatian orang di sekeliling mereka.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca