Pengurus kelab bola sepak Liga Perdana Arsenal iaitu Mikel Arteta telah disahkan positif Koronavirus baharu (COVID-19) pada Khamis, 12 Mac 2020.

Pengesahan itu mengakibatkan kelab bola sepak berkenaan terpaksa meletakkan kesemua pemain pasukan utamanya dalam kuarantin dan menutup pusat latihan Colney di London. Malah, perlawanan Liga Perdana menentang Brighton yang dijadualkan pada Sabtu ini juga ditunda.
Menurut Arsenal, kesemua individu yang pernah berhubung secara rapat dengan Mikel Arteta telah diletakkan di dalam kuarantin mengikut panduan yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan sejurus selepas jurulatih pasukan itu disahkan positif wabak berbahaya yang kini sudah menjangkiti ribuan yang lain di serata dunia.

“Ini sangat mengecewakan namun saya membuat keputusan untuk mengambil ujian kesihatan selepas berasa kurang sihat,” ujar Mikel Arteta dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Arsenal.
“Saya akan kembali bekerja sebaik sahaja saya dibenarkan untuk berbuat demikian,” katanya lagi.
Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah: