Charly Escobedo Gonzalez, seorang jururawat yang bekerja di Mexican Institute of Social Security (IMSS) di Monclova ini mendedahkan bahawa petugas barisan hadapan tidak dibenarkan untuk pakai topeng muka pada peringkat awal penularan COVID-19.
Charly berkata pengurus hospital itu mengeluarkan arahan tersebut kerana mahu mengelakkan suasana panik dalam kalangan pesakit.
Pengurus itu turut berkata peralatan pelindung tidak diperlukan pada peringkat awal penularan wabak meragut nyawa ini.
Untuk pengetahuan anda, hospital awam itu adalah hotspot pertama di Mexico yang menyaksikan peningkatan dalam kes positif COVID-19.
Memetik laporan Reuters, dua doktor dan seorang pentadbir hospital telah meninggal dunia. Sekurang-kurangnya, 51 orang kakitangan positif COVID-19 semenjak ia dikesan di hospital itu pada akhir Mac lalu.
Sekurang-kurangnya empat daripada petugas barisan hadapan itu kini menerima rawatan tetapi ramai juga mula khuatir sistem penjagaan kesihatan Mexico yang kekurangan dana ini tidak bersedia untuk menangani penularan wabak meragut nyawa tersebut.
Sementara itu, seorang pegawai kanan hospital tersebut tidak dapat mengesahkan perincian laporan Reuters tetapi dia berkata orang ramai harus percaya dakwaan Charly kerana jururawat terbabit berkata begitu.
Pegawai kanan IMSS iaitu Raul Pena Viveros berkata, “Sekiranya dia berkata begitu, sudah tentu kita harus percaya. Bukan semua kakitangan perlu pakai peralatan yang sama dalam hospital kerana bekalan peralatan itu lebih cepat habis sekiranya ia tidak digunakan dengan baik.
Apabila perkara ini berlaku, ia menyebabkan frontliners yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit mengalami risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan penyakit tersebut.”
Mexico telah merekodkan 5,399 kes positif COVID-19 dan 406 angka korban sehingga ke hari ini.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: