Pengunjung Ini Dipenjara 2 Hari Gara-Gara Beri ‘Review’ Negatif Terhadap Sebuah Resort Di Thailand

Kebiasaannya para peniaga lebih gemar sekiranya pelanggan mereka memberikan ‘review’ yang jujur meskipun komen yang akan diberikan adalah negatif dan boleh mencemarkan nama baik mereka.

Tapi, lain pula yang terjadi di Thailand apabila seorang pengunjung hotel dikenakan penjara selama dua hari kerana memberi review yang teruk kepada sebuah pusat peranginan terkenal, Sea View Resort & Spa Koh Chang.

Wesley Barnes, seorang pemuda dari Amerika Syarikat kurang senang dengan tindakan pihak Sea View Resort yang mengenakan caj penyediaan minuman keras.

Dia akhirnya meninggalkan komen negatif di aplikasi TripAdvisor dan menyeru orang ramai agar tidak datang ke resort ini kerana pekerja mereka yang tidak mesra pelanggan dan memberi servis yang teruk.

Melihatkan isu ini, TripAdvisor memberi amaran kepada resort berkenaan dan menyatakan bahawa pengunjung berhak untuk memberi pendapat peribadi mereka selepas menggunakan sesuatu servis atau perkhidmatan.

Media Thailand bagaimanapun melaporkan Barnes dan pihak resort telah mencapai penyelesaian bulan lalu setelah Barnes menawarkan permintaan maaf secara formal pada sesi pertemuan mereka.

Untuk rekod, negara Thailand mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang dikenakan saman fitnah. Pesalah boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun dan denda sebanyak RM37,7000.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca