Pengunjung Berpeluang Tingkatkan Daya Imaginasi, Ini 7 Binaan Bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia

Terdapat banyak keajaiban seni bina di seluruh dunia yang akan membuatkan anda rasa kagum. Bangunan-bangunan ini terkenal dengan pelbagai daya tarikan seni bina.

Berikut merupakan tujuh seni bina bangunan yang paling mengagumkan di dunia:

1. Urban Jungle, Huaqiao Kunshan, China

Bangunan setinggi 100 meter ini antara yang teraneh di Huaqiao Kunshan. Ia sebahagian daripada kompleks kediaman yang siap dibina pada tahun 2013. Bangunan berstruktur 12 tingkat ini mempunyai bentuk seperti piramid. Menurut laporan MailOnline, rekaan bangunan tersebut merupakan ilham yang diperoleh daripada sawah beras tradisional Cina.

2. Bosco Verticale, Milan, Italy

Bangunan kediaman rekaan Boeri Studio ini terdiri daripada sepasang menara dan dikhabarkan telah menerima anugerah di Milan, Itali. Kedua-dua menara ini mempunyai ketinggian 110 meter dan 76 meter persegi. Bangunan ini menjadi tuan rumah kepada 900 pokok yang masing-masingnya berukuran 3, 6 atau 9 meter. Menariknya, terdapat lebih daripada 2,000 tumbuhan yang tumbuh menjalar sekitar permukaan bangunan.

3. The Vessel, New York City, US

The Vessel merupakan tarikan terbaharu di bandar New York. Struktur bangunan yang direka khas oleh Thomas Heatherwick ini menawarkan pemandangan kawasan Hudson Yards, Midtown Manhattan dan Sungai Hudson yang menghadap New Jersey. Untuk pengetahuan anda, bangunan ini berharga $200 juta. Ia mempunyai tangga yang sangat unik dan bersambungan dari pelbagai arah serta dikelilingi dengan keluli dan tembaga licin.

4. The Interlace, Singapore

Interlace terdiri daripada 31 blok pangsapuri. Setiap blok mempunyai enam tingkat dan disusun seakan bentuk heksagon. Blok yang bersambung mewujudkan kawasan ruang terbuka dan persendirian pada pelbagai peringkat. Projek seluas lapan hektar ini dilengkapi dengan kawasan hijau dan kemudahan rekreasi sepanjang sembilan kilometer.

5. Wonderworks, Orlando, Florida, US

Bangunan yang bertemakan ‘Taman Hiburan untuk Minda’ ini mempunyai lebih daripada 150 pameran interaktif. Di bangunan ini, para pengunjung berpeluang meneroka terowong songsang, ruang anti graviti, replika kapsul ruang Mercury dan lubang taufan dengan angin sekuat 71-mph. Menarik, bukan? Kedatangan pengunjung ke Wonderworks secara tidak langsung mampu meningkatan daya imaginasi seseorang.

6. Piano House, Huainan, China

Piano House terletak di daerah Shannan, China ini siap dibina pada tahun 2007. Ia direka oleh pelajar seni bina dari Universiti Teknologi Hefei. Bangunan berskala 50:1 berfungsi sebagai bilik pameran untuk rancangan pelan pembangunan. Rekaan biola yang diperbuat dari panel kaca lut sinar pula mempunyai eskalator dan tangga untuk menghubungkan pengunjung ke bangunan piano utama.

Disebabkan oleh reka bentuknya yang unik, terdapat ramai pasangan pengantin akan melakukan penggambaran di lokasi bangunan tersebut. Maka, tidak hairanlah sekiranya ia digelar sebagai ‘bangunan paling romantik’ di China.

7. Habitat 67, Canada

Habitat 67 merupakan sebuah kompleks perumahan yang terletak di Montreal, Quebec dan ia dibina oleh arkitek terhebat iaitu Moshe Safdie. Bangunan terhasil daripada reka bentuk yang bermatlamat untuk menyepadukan kepelbagaian kediaman tidak terancang. Idea seni bina ditonjolkan dengan reka bentuk konkrit dalam pelbagai kombinasi dengan ketinggian 12 tingkat.

Sungguh menakjubkan, bukan? Kesemua rekaan gedung unik ini ternyata memiliki pelbagai kisah atau peristiwa yang menjadi penyebab tercetusnya idea untuk mewujudkan bangunan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua pereka seni bina yang bijak dalam menghasilkan bangunan indah ini.

Penulis

  • Norain Fitriah Binti Mohd Ariffin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Artikel Lain Untuk Di Baca