Pengumuman Kerajaan Tentang Kebenaran Rentas Negeri Buat Warganet Teruja

Menerusi sebuah sidang media yang berlangsung petang tadi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan tiada sekatan untuk orang ramai melakukan perjalanan rentas negeri sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hujung minggu ini.

Selepas berlaku peningkatan angka kes positif COVID-19 di negara ini, rata-rata warganet tertanya-tanya sama ada mereka boleh pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ahli keluarga.

Sumber: My News Hub

Walau bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana pihak kerajaan masih membenarkan perjalanan rentas negeri dan turut mengumumkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi pada hari raya nanti.

Selepas mendengar berita baik tersebut, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka untuk pulang ke kampung halaman sehingga Raya Haji trending di laman Twitter:

Ismail Sabri berkata pihak kerajaan menyarankan beberapa perkara penting untuk dipatuhi seperti bilangan haiwan korban yang dibenarkan di sesuatu tempat dan had tetamu untuk aktiviti ziarah.

Selain itu, beliau turut mengumumkan ibadah korban tahun ini dibenarkan untuk diadakan selama empat hari bermula dari Hari Raya pertama pada Jumaat sehingga hari keempat. Walau bagaimanapun, ia disarankan untuk dilakukan di pusat penyembelihan milik kerajaan atau swasta.

Apa-apa pun, jaga diri anda dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan walaupun pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Hari Raya Haji, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca