Pelakon Zarina Anjoulie, atau turut dikenali sebagai Anju, menjadi bualan hangat dunia hiburan Malaysia buat masa kini. Zarina Anjoulie baru-baru ini mengumumkan penceraiannya dengan suami Eilyas Azhar buat kali kedua setelah mereka rujuk kembali bulan Mac lalu.
Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Anju melalui Instagram. Ia kemudian menjadi sensasi media sosial apabila Anju membentangkan kisah bekas suaminya yang hanya menjadi “biawak hidup” dengan menumpang harta kemewahan Anju.
“Aku bukan sugar mummy kau!” Perkongsian Anju di Instastory berkenaan barang-barang yang pernah dibelikan untuk Eilyas mencuri tumpuan warganet.
Dikatakan Eilyas tidak bekerja dan hanya mengharapkan Anju untuk menyara kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Anju kemudiannya membuat luahan di Instagram live mengenai pengorbanannya sebagai seorang isteri yang mengutamakan suami dan anaknya berbanding kemahuan diri sendiri.
@hanzhajibangsa2 #fyp #stitch kami tahu anju kuat❤️🥺🥺
♬ original sound – adibfarhann – adibfarhann
Pelbagai komen oleh warganet yang turut bersimpati terhadap nasib Anju dan berasa sedih melihat keadaannya sebegini rupa selepas penceraian tersebut.
Dalam pada itu, Eilyas Azhar juga membuat maklum balas terhadap lemparan tuduhan ke atas dirinya yang menumpang duit isteri. Eilyas mengatakan, “Ya saya biawak dan saya miskin, kaki pau duit bini, selalu sangat aibkan bini dan tidak mengenang budi.”

Semoga kedua-dua pihak memperoleh jalan penyelesaian terbaik dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Artikel-artikel menarik lain dalam dunia hiburan Malaysia: