Pengiring Elit Donald Trump Disahkan Positif COVID-19, Presiden AS Itu Masih Sihat

Seorang pengiring elit kepada Donald Trump telah disahkan positif wabak COVID-19.

Memetik laporan CNN, kebimbangan kini timbul sama ada Presiden Amerika Syarikat itu turut berkemungkinan dijangkiti oleh virus berkenaan.

Individu tersebut dipercayai merupakan anggota pengiring yang sentiasa bekerja rapat di sisi presiden dan White House termasuklah keluarga Trump sendiri.

Difahamkan, Trump sangat kecewa selepas dimaklumkan tentang hal tersebut.

Berita itu turut disahkan sendiri oleh setiausaha akhbar White House iaitu Hogan Gidley.

“Kami telah diberitahu oleh unit perubatan White House bahawa seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di White House telah diuji positif COVID-19,” katanya.

Walau bagaimanapun, setakat ini ujian terhadap presiden dan wakil presiden menunjukan keputusan negatif.

“Ujian telah dijalankan terhadap presiden dan wakil presiden dan setakat ini, ia menunjukan keputusan negatif dan mereka dalam keadaan sihat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut sumber dari White House, beberapa kontak rapat dan petugas di situ juga kini terpaksa menjalani ujian saringan. Ia termasuklah Naib Presiden AS iaitu Mike Pence dan kakitangan kanan yang selalu berinteraksi dengan presiden.

Untuk baca artikel lain berkenaan penularan pandemik COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca