Pengirim Bunga Misteri Kepada Wanita Ini Rupanya Adalah Seekor Kucing Yang Sweet

Rosie baru berpindah di sebuah kawasan kejiranan di United Kingdom (UK). Setiap rumah teres di kawasan itu dipisahkan oleh koridor taman. Ketika mendiami rumah barunya, Rosie terkejut apabila mendapati ada seekor kucing sedang tidur di koridor seolah-olah tempat itu ia punya.

Kucing itu bernama Willow dan hobinya adalah melawat jiran tetangga. Willow akan mengiau sehinggalah jiran datang buka pintu untuk memberinya masuk dan tidur dalam rumah itu. Sesetengah penghuni akan menyediakan kotak dan makanan di rumah mereka khas untuk Willow.

Sumber: Meowingtons

Semua orang pasti memberinya makan kerana sukar untuk berkata ‘Tidak’ kepada si comel ini. Kucing yang peramah ini juga suka bermain dan dibelai oleh jiran-jirannya. Menurut Rosie, hampir setiap hari kucing ini datang ke rumahnya sejak mereka berpindah ke situ.

Willow hadiahkan bunga

Musim bunga sudah tiba. Rosie perasan ada banyak bunga berwarna merah jambu bertaburan di beranda rumahnya. Pada mulanya, dia menyangka mungkin itu sebab angin sehinggalah teman serumahnya memberitahu bahawa ini kerja Willow.

Hari demi hari berlalu dan jumlah bunga itu semakin banyak. Bunga-bunga yang bertaburan di sekeliling lantai itu kelihatan begitu romantik.

Sumber: Meowingtons

“Saya ingatkan Willow membawa bunga itu sekadar khabar angin sehinggalah saya melihat sendiri Willow melompat turun dengan membawa bunga dalam mulutnya ketika sedang memasak,” kata Rosie kepada portal Love Meow.

“Saya berasa sungguh teruja lalu cepat-cepat merakamnya kerana ia sangat comel dan selalunya kucing bawa balik bangkai haiwan je sebelum ini.”

Willow ini bukan saja mencuri bunga-bunga daripada taman tuannya untuk diberikan kepada jirannya tetapi turut mencuri hati Rosie.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca