Penghidap Penyakit Skizofrenia Dikatakan Berbahaya. Adakah Ia Benar?

Bagi sesetengah orang, penghidap skizofrenia ini sentiasa berhalusinasi hingga membawa kepada satu gerakan yang berbahaya.

Definisi Skizofrenia

Skizofrenia adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan gangguan psikiatri utama yang dicirikan oleh perubahan persepsi, pemikiran, perasaan, dan tingkah laku seseorang.

Gangguan mental ini biasanya bermula pada dewasa muda dan menyerang satu peratus populasi dewasa. Menurut teori, penyakit ini disebabkan oleh keturunan, biokimia, dan perasaan tertekan di persekitaran sosial.

Sebagai contoh, beberapa tahun dahulu, kita pernah dihebohkan dengan kes di mana seorang ayah telah membunuh kedua-dua anaknya. Ayahnya juga menyebabkan anak-anaknya cacat dan adakah itu perkara yang normal?

Menurut hasil siasatan, tindakan seorang ayah ini adalah berpunca daripada terdengar suara yang mengarahkannya untuk berbuat demikian.

Pada masa ini, pelaku menjalani pemeriksaan perubatan pakar untuk membuktikan pernyataannya. Tetapi jika benar apa yang dikatakan oleh pelakunya, ini bermaksud dia telah mengalami halusinasi dan itu adalah salah satu gejala skizofrenia.

Gejala skizofrenia boleh dibahagikan secara luas kepada dua kumpulan iaitu gejala positif dan gejala negatif.

1. Gejala positif skizofrenia

Fungsi otak manusia dengan skizofrenia akan berfungsi lebih aktif atau berlebihan menyebabkan otak berfungsi dengan tidak normal. Akibatnya, penghidap akan mengalami beberapa perkara berikut:

  • Fikiran terganggu

Penghidap skizofrenia akan mengalami kesukaran untuk berbicara dan mengatur pemikiran mereka. Hal ini akan mengganggu kemampuan untuk berkomunikasi dan berkelakuan dalam lingkungan sosial.

Pesakit kadang-kadang tidak lagi memahami masa, tidak dapat membezakan antara siang dan malam. Pesakit sering tidak tidur selama beberapa hari kerana gangguan mental.

  • Tingkah laku yang pelik

Orang yang menghidap skizofrenia ini akan bersikap pelik. Mereka seringkali ketawa seorang diri, menangis tiba-tiba dan sebagainya. Kadangkala mereka akan melakukan hal yang kurang jelas tujuannya.

  • Lamunan

Ini adalah perkara yang paling biasa dialami oleh penderita. Mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza daripada orang normal. Mereka akan melihat realiti yang berbeza dan sering menyalahtafsirkan persepsi.

2. Gejala negatif skizofrenia

Gejala ini merujuk kepada pengurangan atau bahkan ketiadaan ciri fungsi otak yang normal. Di samping itu, gejala ini boleh muncul dengan atau tanpa gejala positif termasuk:

  • Mengelakkan diri daripada bersosial

Penghidap akan mengurungkan diri daripada bersama-sama dengan orang ramai. Gejala khas pada orang yang mengalami skizofrenia adalah kedudukan kedua tangan memeluk kaki.

Posisi seperti bayi di dalam rahim memberikan perasaan yang sangat selesa bagi penghidapnya.

  • Mengurangkan hubungan emosi

Pesakit menjauhkan diri dengan orang ramai termasuk keluarga mereka sendiri serta tidak dapat bercakap dan berkomunikasi.

  • Pasif atau tidak peduli

Pesakit lebih banyak mendiamkan diri dan tidak peduli dengan perkara di sekelilingnya.

Harus dipanggil nama mereka beberapa kali untuk mereka sahut dan tidak dapat menerima masalah yang memerlukannya berfikir.

Justeru itu, pesakit yang mengalami skizofrenia ini harus dirawat segera agar si penghidap tidak melakukan hal yang diluar kawalan.

Penulis:

  • Farah Adriana Binti Md Azis adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penyakit gangguan mental, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca